Thursday, August 18, 2011

:: Keranamu Potato ::

kalau tak silap saya, yang tu benih kacang panjang kalau tak silap lah.... saya tanam masa baru jer pindah kat rumah baru ni...


kawasan perumahan saya ni, cuma saya seorang jer yang berbangsa melayu dan beragama islam. Kawasan perumah pun cuma dua deret double story jer... adalah dalam 10 unit jer. jadi, ada satu jiran bangsa India dan beragama hindu, jiran sebelah pulak berbangsa bidayuh, beragama kristian dan selebihnya jiran yang berbangsa cina. 

sebelum saya pindah kat sini, jiran saya mengadu bahawa kaeasan ni memang selalu kena masuk pencuri... sebab itulah dia membela anjing. bagi saya... tak der ler masalahnya kalau anjing itu fungsinya untuk menjaga rumah... dan anjing2 tu memang baik. 

kami namakan... yang betina nama die... Mary.. dan yang jantan nama die bobby. anak2 die.... potato and onion. :)

kerana Potato lah saya kena membeli jaring sebab dia telah membuatkan saya naik angin... 

kerana dia semua hasil tanaman yg baru nak hidup itu mati... sedeh nya... hrmmm....

geramnyer.....

 

2 comments:

Malay-Kadazan girl said...

Tak pe nanti sekejap je tumbuh yang baru kay;-). Tangan awak sejuk.

KemBhoJha said...

hye,

tq sebab sudi singgah. :)

banyak yang saya nak share... and belajar dari awak.. :)

suka tanaman awak...