Monday, August 29, 2011

:: My Baby 1 Year Ago ::

assalammualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua....
Maaf Zahir & Batin.

salam Ikhlas

KemBhoJha dan Suchee

Wednesday, August 24, 2011

:: Benih Salad Pemberian Encik Iskandar ::

salam

saya dapat biji benih daun salad ni dari encik iskandar.... die bagi percuma.. happy giler dapat benih percuma. :) masa nak letakkan bawang merah yang dah mula berputik.,... saya taburkan jer benih salad ni sekali... 

ha... sekali tengok die tumbuh dengan sehatnya... 

kalau nak beli benih salad nih... sila la ke http://www.tanamsendiri.com/.

kalau diikutkan dari laman encik iskandar... salad ni akan jadi mcm ni...

encik iskandar.. saya pinjam gambar yer. :D

jadi, cuti hujung minggu ni nak pindahkan salad tu ke dalam pasu yang lebih besar, :D dah semangat dah ni. :)

:: Daun Sup & Daun Bawang ::


salam semua...

selamat menyambut 24 hari ramadhan. tak lama lagi kan raya... tapi saya ni lain plak mood yang datang. Mood nak berkebun jer.

Ni nak share gambar daun sup dan daun bawang yang saya letak jer dalam pasu berair yang ada span dan tanah kompos dalam kotak... :D

seronok!


Thursday, August 18, 2011

:: Keranamu Potato ::

kalau tak silap saya, yang tu benih kacang panjang kalau tak silap lah.... saya tanam masa baru jer pindah kat rumah baru ni...


kawasan perumahan saya ni, cuma saya seorang jer yang berbangsa melayu dan beragama islam. Kawasan perumah pun cuma dua deret double story jer... adalah dalam 10 unit jer. jadi, ada satu jiran bangsa India dan beragama hindu, jiran sebelah pulak berbangsa bidayuh, beragama kristian dan selebihnya jiran yang berbangsa cina. 

sebelum saya pindah kat sini, jiran saya mengadu bahawa kaeasan ni memang selalu kena masuk pencuri... sebab itulah dia membela anjing. bagi saya... tak der ler masalahnya kalau anjing itu fungsinya untuk menjaga rumah... dan anjing2 tu memang baik. 

kami namakan... yang betina nama die... Mary.. dan yang jantan nama die bobby. anak2 die.... potato and onion. :)

kerana Potato lah saya kena membeli jaring sebab dia telah membuatkan saya naik angin... 

kerana dia semua hasil tanaman yg baru nak hidup itu mati... sedeh nya... hrmmm....

geramnyer.....

 

:: Jagung ::

salam

hari ni dah masuk 18 hari sudah kita berpuasa. 12 hari lagi bersamaan 2 minggu lagi nak raya... gulp!
cepatnya masa berlalu. hrmm... tahun ni merupakan tahun kedua saya beraya di rumah sendiri, :D suka no rumah itu... itulah nombor rumah saya.... Alhamdulillah.

Masa mula2 stay kat rumah ni, bila tgk kat halaman... hrmm... saya terfikir... kalau tanam jagung cam mana yer... ?? sebab masa stay kat rumah mak ayah... mana ada minat nak bercucuk tanam... tapi perasaan bila dah di rumah sendiri ni kan.. lain sangat2.

masa tu arwah suami ada belikan jagung manis... dan saya sengaja tinggalkan dua batang jagung dan saya keringkan. bila dah kering... satu petang tu, saya pun main cucuk n tanam jer biji benih tu. Tak der buat research n tak der apa2 pengalaman... arwah pun tak tahu yang saya nak berkebun.

saya letak jer.. berapa banyak biji benih jagung.... :) ada yang ok. ada yang terlebih letak sebab saya ingatkan tak semua yang akan hidup.. sekali ... hambik! letak 6 biji satu lubang... sekali kesemuanya hidup! :D 

nampak sangatkan betapa banyaknya anak jagung yang tumbuh dalam satu kelompok. :D my mistake. I admit. tapi saya suka2 jer nak cuba, sebab nak tgk sama ada tangan saya ni memang "sejuk" ker tak. hahahaha.....

alhamdulilahh... bila semua hasil tanaman dituai dan dapat dimakan oleh sesi keluarga... dapat rasa satu kepuasan! hrmmm.... setelah sekian lama tak tanam jagung... baru2 ni beli benih biji jagung dari saudara iskandar. boleh la lawat kat blog  http://www.tanamsendiri.com  Alhamdulillah sudah ditanam dan sekarang sudah tinggi dalam 15 cm.


esok kita akan ambil gambar kay. Sebab baru jumpa camera yang dah lama tak guna semenjak arwah pergi. 

rindunya.... Al-Fatihah.


Tuesday, August 16, 2011

:: Bunga Rose ::

bangga nak ceta. Bunga rose ni beli masa pegi serikin, Kat serikin ada jual pokok bunga rose n macam2 warna. one of the colour yang saya beli, warna pink. :)

yang ni warna putih. My fav kaler ni. :)
ada satu lagi warna peach.
hrmm...
ada ambik gambar tapi masih kat dalam BB.
insyallah one day akan upload nanti.


suka ambil gambar bunga2 nih. Guna camera biasa jer. :)

:: LaYaN GamBaR SaHaJa Yer - 1 ::

Pokok Betik ditanam oleh mak masa baru pindah kat rumah sendiri, 

Cili Padi ni pun mak yang tanamkan. :)

Bunga Melur ni, bapa yang tanamkan.

:: LaYaN GamBaR SaHaJa Yer ::


Monday, August 15, 2011

:: Post 1 - InTroDucTion ::

assalammualaikum

Tujuan blog ini diwujudkan kerana minat yang dah lama dah dalam bidang tanam menanam nih. sampaikan blog utama bertemakan nama bunga iaitu kembhojha.

tetapi blog itu saya gunakan bahasa ibunda saya iaitu bahasa melayu sarawak. :) blog ini memang khas utk rakan2 baru yang mempunyai minat yang sama iaitu Gardening, 
Saya dah mula banyak menanam biji benih baru dan banyak yang dah bercambah. 

insyallah dari masa ke semasa... saya akan update blog ini. :)