Friday, November 25, 2011

:: Hasil Tuaian pada 20.11.2011 ::



salam

semua gambar2 diatas adalah hasil tanaman saya... last batch sawi n salad... :)
kacang panjang pun semakin hebat mengeluarkan hasil nya...
sekarang ni baru nak mula menanam benih kacang panjang.... new generation.. :)
happy sangat2 sebab dah nak 2 bulan saya tak payah beli sayur di pasar...
:)
saya suka sangat makan daun salad....
hrmm.. baru nak semai benih baru..

cuti 3 hari ni nak meluangkan masa dengan bercucuk tanam dan membuat semaian baru.. :)
selamat bercuti dan maal hijrah...

Monday, November 14, 2011

:: Update - 12 November 2011 ::

 assalammualaikum semua...

gambar sayur2an dan tanaman saya ni saya ambil masa cuti hujung minggu lepas. Sayur kacang panjang saya sekarang ni dah tak putus2 mengeluarkan hasil. Ada yang saya bagi kat emak saya utk dibuat sayur kacang masak kicap, kegemaran tuan puteri. :)

masa mak bermalam kat rumah saya pada hari khamis lepas, dia pun seronok tengok hasil tanaman. Alhamdulillah... minat untuk berkebun semakin membara. hehehe


 saya cuba utk menanam sayur sawi dalam polibag... dan nampak nya memang berhasil dan sayur tumbuh dengan sehatnya. saya dah berapa kali dah ambik sayur ni utk dimasukkan dalam masakan. selalunya mee hoon goreng yang saya masak... akan saya masukkan sawi sekali... :)



 saya nak cuba tanam sayur timun. harap2 menjadi lah.. :)

yang ni hasil tuaian pada hariu sabtu lepas... sangat berpuas hati...

khamsamida kepada encik iskandar... sebab dia juga salah seorang mentor dalam hobi bercucuk tanam ni.

Wednesday, November 9, 2011

:: Sawi ::


salam semua

lama nya rasa tak update blog kan. maaf yer sebab kebelakangan ni memang sibuk. Ada2 jer perkara yang perlu dikemas kinikan.

kali ni saya nak kongsikan sayur sawi hasil tanaman saya. Alhamdulillah... dah beberapa kali dah saya dua beranak makan .... salad hasil pemberian dari Encik Iskandar pun ada dala gambar di bawah.


Wednesday, September 7, 2011

:: Terkini Di Kebun Kecilku ::

 Salad
(Benih Pemberian Dari Encik Iskandar)

assalammualaikum....

sempat snap few shot this morning sebelum nak ke office. Anak tunggu dalam kereta. :D 
ambil gambar mana yang sempat jer tadi... 

Tomato
(benih beli di Kota Kinabalu)
 
 Kacang Botol 
(Benih Pemberian dari Encik Iskandar)

Terung
(Saya beli benih dari kedai jual baja di Kuching)
 

Kacang Panjang
(Benih Pemberian dari Encik Iskandar)

Kacang Lendir
(Benih Pemberian dari Encik. Iskandar)
itu jer untuk hari ini.
balik ni dah plan dah nak alihkan sayur kacang botol ke dalam tapak sayur saya...
oh ya.. gambar tapak...


Monday, August 29, 2011

:: My Baby 1 Year Ago ::

assalammualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua....
Maaf Zahir & Batin.

salam Ikhlas

KemBhoJha dan Suchee

Wednesday, August 24, 2011

:: Benih Salad Pemberian Encik Iskandar ::

salam

saya dapat biji benih daun salad ni dari encik iskandar.... die bagi percuma.. happy giler dapat benih percuma. :) masa nak letakkan bawang merah yang dah mula berputik.,... saya taburkan jer benih salad ni sekali... 

ha... sekali tengok die tumbuh dengan sehatnya... 

kalau nak beli benih salad nih... sila la ke http://www.tanamsendiri.com/.

kalau diikutkan dari laman encik iskandar... salad ni akan jadi mcm ni...

encik iskandar.. saya pinjam gambar yer. :D

jadi, cuti hujung minggu ni nak pindahkan salad tu ke dalam pasu yang lebih besar, :D dah semangat dah ni. :)